Bagaimana mahu tempah ? Begini ...

Taip " Pakaian pilihan anda " . " nama pakaian " , " warna " , " saiz " ke 019-423 4905 .
Contoh :
Skirt , Dk Basic Skirt , Purple , L , ke 019-423 4905
Terima Kasih :)
sebarang pertanyaan , boleh hubungi Hanisah
Terima Kasih :)

Tuesday 3 May 2016

Jenis - Jenis Kain ( Dull Satin Valentro , Como Crepe dan Moss Crepe )

Fokus kali ini ialah kepada kain jenis Dull Satin Valentro , Como Crepe dan Moss Crepe .

=====

Setelah mula berkecimpung dalam fesyen pakaian muslimah, hari ini kami nak kongsikan beberapa jenis kain yang terdapat di pasaran Malaysia yang sesuai untuk di jadikan jubah wanita. Antaranya ialah :





Dull Satin Valentro

Fabrik ini jika di bandingkan dengan satin-satin jenis yang lain, material nya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Kain dull satin jenis ini berasal daripada Korea. Dull satin ini ada 2 jenis iaitu valentro dan heavy valentro, jenis kain ini di kategorikan mengikut berat dan ketebalan masing-masing. Warnanya tidak terlalu berkilat dan kelihatan elegan bila di gayakan. Jenis fabrik ini membuat kan jubah kelihatan flowy semasa dipakai. Kain dull satin valentro mempunyai banyak pilihan warna seperti warna-warna asas, warna terang, dan juga warna pastel. Kain jenis ini berbidang 60 inch, hanya 3-3.5meter sudah mencukupi untuk membuat sehelai jubah. Kain valentro adalah jenis ‘washable’ dan perlu di gosok untuk kelihatan lebih rapi.





Como Crepe

Kain jenis ini sangat di gemari oleh peminat jubah di Malaysia. Materialnya lembut dan tidak panas. Kain nya agak berat berbanding kain satin. Material como crepe tidak jarang, dan tidak mudah berkedut. Ciri-ciri kain como crepe yang berat membuatkan si pemakai nampak agak kurus ketika menggayakannya. Kain como crepe mempunyai banyak pilihan warna daripada warna-warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang. Kain como crepe adalah material washable dan perlukan light ironing sebelum di pakai.




Moss Crepe

Fabrik Moss Crepe ini juga mempunyai peminat yang tersendiri kerana kelebihannya yang tidak perlu di gosok. Materialnya yang lebih lembut berbanding kain como crepe membuatkannya lebih sedap dan sejuk di pakai. Material jenis ini lebih nipis berbanding como crepe tetapi tidak jarang dan selamat. Kain moss crepe bukan sahaja sesuai di buat jubah tetapi juga untuk blouse dan cardigan panjang. Kain jenis ini juga seperti como crepe, bersifat berat dan jatuh membuatkan si pemakai tampak lebih slim ketika mengenakannya. Pilihan warna untuk moss crepe juga banyak, ada juga yang dual tone. Material ini tidak turun warnanya ketika basuh dan langsung tidak perlu di gosok. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memangku anak:)

Jenis-jenis kain boleh rujuk gambar-gambar di bawah. Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk para usahawan mahupun wanita-wanita yang sukakan fesyen muslimah masa kini. InsyaAllah. Kami doakan anda di rahmati dan di berkati Allah dunia akhirat. Amin..


sumber dan kredit : Rania Amani

No comments:

Post a Comment